Proses Kerja ATC


Proses kerja bermula apabila pelanggan mula menempah pakaian/aksesori/kain di Ana’s Tailor Collection. Pelanggan boleh menghantar kain yang disediakan sendiri oleh pelanggan atau pihak ATC akan membeli kain mengikut jenis dan fabrik yang dipilih oleh pelanggan. Selepas itu, Pelanggan akan berbincang dengan pihak ATC mengenai rekaan pakaian yang dikehendaki oleh pelanggan atau ATC boleh mencadangkan rekaan yang sesuai untuk pelanggan. Para staf ATC akan mula mengukur dan merekodkan ukuran badan pelanggan. Setelah itu, Work Order dan perbincangan kerja antara staf ATC dimulakan untuk mengenal pasti dan melancarkan kerja yang diberikan. Pekerja akan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pengurusan ATC. Setelah siap, pelanggan akan mengambil tempahan atau pihak ATC akan menghantar terus ke pelanggan dan bayaran diterima oleh pelanggan.

Untuk Lebih Lanjut Hubungi
 
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com