Mengenali ATC

PERKARA |
MAKLUMAT |
NAMA PERNIAGAAN |
ANA’S TAILOR COLLECTION |
ALAMAT PERNIAGAAN |
31-2, LORONG AZ-ZAHARAH B10/B, SEKSYEN 10, 42300 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN |
NO PENDAFTARAN SSM |
SA0058537-X (ANA S TAILOR) |
NO SIJIL KKM |
K10342679542139879 |
NO RUJUKAN PENDAFTARAN SIJIL KKM |
357-0002299938 |
TARIKH DIDAFTARKAN SSM |
5 JUN 2007 |
NO TELEFON PEJABAT |
03-3393 8519 |
NO TELEFON BIMBIT |
017-229 1942 |
|
anastailorcollection@yahoo.com |
LAMAN WEB RASMI |
www.anastailorcollection.com |
BENTUK PERNIAGAAN |
MILIKAN TUNGGAL |
NAMA PEMILIK |
NOOR MARZIANA BINTI MOHAMED TAMIN |
JENIS PERNIAGAAN (DIDALAM SSM) |
MENJAHIT, MENYULAM SEMUA JENIS PAKAIAN, MEMBEKAL BAHAN TEKSTIL, BARANG-BARANG MENJAHIT, MENJUAL PAKAIAN DAN KELENGKAPAN, MEMBEKAL BAHAN TARPAULIN DAN KANVAS, MEMBEKAL PERALATAN/PAKAIAN SUKAN, PERKHIDMATAN MENYULAM KAIN DAN PAKAIAN, PERKHIDMATAN MENJAHIT PAKAIAN. |
JENIS PERNIAGAAN |
PERKHIDMATAN PELBAGAI JENIS JAHITAN BAJU TRADISIONAL, BAJU KEBANGSAAN, BAJU PEJABAT, BAJU RASMI KERAJAAN DAN SWASTA, KOSTUM, BAJU TEMA MAJLIS KERAIAN, SELUAR, JUBAH, UNIFORM DAN KORPORAT, ALTERATION (PENGUBAHSUAIAN PAKAIAN), TEMPAHAN PUKAL READY MADE DAN NON READY MADE, SEWAAN BAJU, PERANCANG PERKAHWINAN, KELAS JAHITAN BAJU, JUALAN PRODUK ATC, PEMBEKAL BARANGAN JAHITAN, PERANCANG MAJLIS. |
KOD BIDANG DIDALAM SIJIL KKM |
020701 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK/ TEKSTIL/ TEKSTIL 020801 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK/ PAKAIAN DAN KELENGKAPAN/ PAKAIAN 221110 PERKHIDMATAN/ GUNA TENAGA/ KHIDMAT LATIHAN,TENAGA PENGAJAR DAN MODERATOR/NEGOTIATOR 221513 PERKHIDMATAN/ PENYEWAAN DAN PENGURUSAN/ PAKAIAN/KELENGKAPAN DAN AKSESORI 222401 PERKHIDMATAN/ PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN BAIK PULIH/ MENJAHIT PAKAIAN DAN KELENGKAPAN 222402 PERKHIDMATAN/ PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN BAIK PULIH/ MENJAHIT BUKAN PAKAIAN |
STATUS SYARIKAT |
BUMIPUTRA |
BILANGAN PEKERJA |
8 ORANG |
AKAUN SYARIKAT |
12168010035591 ANA S TAILOR (BANK ISLAM) |
ATC bermula pada tahun 2007 sebagai sebuah kedai jahitan pakaian yang bertapak di rumah kediaman pengasas ATC di sekitar Shah Alam 2 (Seksyen 9) Bandar Puncak Alam secara kecil-kecilan. Lama kelamaan permintaan tempahan jahitan semakin bertambah dan mendapat permintaan yang tinggi menyebabkan pengasas beralih ke skop premis yang lebih besar. Jadi pengasas telah memulakan perniagaan di Seksyen 10 Bandar Puncak Alam yang beramat di 31-1 Lorong Az-Zaharah B10/B (kini kedai bengkel kenderaan Kian Seng) dengan diberi nama Ana s Tailor sempena nama pengasas kedai. Lokasi premis ini dipilih kerana lokasi yang strategik dan mengambil permintaan sekitar penduduk Bandar Puncak Alam. Setelah beberapa tahun ATC bertapak, kami telah mula dikenali di luar kawasan Puncak Alam dan tempahan semakin bertambah setelah beberapa tahun beroperasi. Faktor pertambahan penduduk dan pembukaan UiTM Puncak Alam juga memambahkan lagi pelanggan kami. Dengan permulaan hanya mengambil tempahan bermusim untuk hari perayaan kini ATC menambah perkhidmatan laitu pengubahsuaian pakaian (alteration) dan tempahan jahitan pakaian harian. Dengan penambahan tempahan maka kami mengambil pekerja mengikut keperluan dan menambah peralatan jahitan dan mesin jahitan untuk melicinkan lagi kerja di ATC.
Walaupun pencapaian ATC memuaskan, namun kami juga mengalami kemorosotan setelah kami berpindah premis di 31-2, Lorong Az-Zaharah B10/B (diatas premis asal) kerana ramai pelanggan tidak mengenali lokasi premis yang baru ini dan pada masa itu semakin ramai pihak yang ingin membuka kedai jahit di sekitar Bandar Puncak Alam. Jadi pengasas telah menjenamakan semula jenama perniagaan laitu dari Ana s Tailor kepada Ana’s Tailor Collection (faktor penukaran nama ini juga kerana adalah bagi mengelakkan pelanggan keliru dengan nama pesaing kami yang sama) dan menambah perkhidmatan yang baru seperti kelas jahitan, sewaan baju pengantin dan majlis keramaian, jahitan pukal (baju tradisi dan baju korporat) sulaman berkomputer, jualan barang jahitan dan produk ATC sendiri seperti baju dan aksesori. Pendekatan media sosial seperti pengiklanan dan penggunaan Aplikasi Google Bussiness dan Google Maps juga diambil kira bagi memperkenalkan serta memperluaskan lagi produk ATC di sekitar daerah Kuala Selangor dan diluar kawasan. Kesannya,dengan inovasi yang dirancang dan konsep ATC yang dipegang iaitu “bukan sekadar jahitan”, sambutan semakin menggalakkan dan pelanggan semakin mengenali produk dan premis ATC di sekitar Lembah Klang. Hasil yang positif ini juga memberi impak kepada pembangunan ekonomi kawasan sekitar Bandar Puncak Alam.
Disamping itu, ATC juga banyak bekerjasama dengan industri swasta,organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan negeri bagi memantapkan lagi usaha ATC untuk menjalinkan hubungan sosial dari segi perniagaan ataupun sumbangan berbentuk kebajikan atau bantuan.
Oleh itu, sehingga kini ATC akan bercadang untuk cuba mengorak langkah dengan merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan baru untuk dikhaskan menjual barangan jahitan di kawasan Bandar Puncak Alam memandangkan kawasan sekitar membuka kedai jahitan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Cadangan ini mungkin juga yang pertama di kawasan ini.